saya ada soalan mudah untuk anda semua pembaca blog ini. Antara Mac OS, Windows OS dan juga Linux OS, yang mana satu pilihan anda? Saya yakin anda pernah menggunakan antara dua atau tiga OS yang saya maksudkan contohnya Linux dan juga Windows OSTetapi tidak ramai daripada kita pernah melihat Mac OS X apatah lagi menggunakannya.
Secara dasarnya, Windows OS boleh dibahagikan kepada beberapa jenis, iaitu Windows XP, Windows Vista dan juga Windows 7 (baru sahaja dilepaskan kepada pengguna pada 22 Oktober 09). Terdapat juga produk dari Windows OS yang tidak ramai daripada kita semua menggunakannya iaitu Windows Media Center dan Windows Server.
Linux merupakan sistem operasi yang berasaskan Unix dan juga kernel yang mendapat tempat di hati pengguna sejak kebelakangan ini. Ini kerana linux merupakan satu2nya sistem operasi komputer yang tidak mengenakan bayaran kepada sesiapa yang ingin menggunakannya.
Dengan perkembangan yang pesat dalam pembangunan aplikasi berasaskan linux, sesiapa juga mampu memiliki sistem operasi ini di komputer mereka. Terdapat pelbagai jenis aplikasi untuk Windows dan Mac OS X yang terdapat juga untuk linux. Dengan paparan antaramuka yang mesra pengguna seperti GNOME dan KDE, linux mampu menarik minat pengguna yang mahukan sedikit kelainan. Di sini ingin saya kongsikan salah satu blog yang berkaitan dengan pembangunan serta maklumat terkini tentang linux iaitu Ubuntu utk Malaysia.
Mac OS X pula merupakan sistem operasi yang dihasilkan dan dipasarkan oleh Apple. Lazimnya sistem pengoperasian ini akan dipasang pada komputer Macintosh (tapi ada juga yang pandai2 jer guna kat komputer biasa macam OSX86 tu..). Seperti juga Linux, sistem Mac OS X juga merupakan sistem yang berasaskan Unix. Terdapat beberapa jenis Mac OS X yang pernah dipasarkan oleh Apple, iaitu Cheetah/Puma, Jaguar, Panther, Tiger, Leopard, dan yang terbaru Snow Leopard (lepas ni cat pula, chea gurau… ). Sistem operasi Mac OS tidak jauh bezanya jika dibandingkan dengan linux kerana kedua2nya menggunakan terminal sebagai platform untuk menginstall dan melakukan sedikit suntingan. Tetapi dengan ada nyer installer dengan extension .dmg, segala nyer menjadi lebih mudah dengan Mac.
Pada pendapat saya, berdasarkan pengalaman yang tidak seberapa ini, boleh dikatakan sistem operasi Linux adalah sistem yang agak boring dengan kaedah menggunakan terminal yang mungkin susah sedikit bagi pengguna yang tidak biasa dengan bahasa pengaturcaraan yang digunakan dalam terminal. Berbanding dengan Windows (kerana saya membesar dengannya), sistem operasi Windows boleh dikatakan sistem yang lebih baik dan mesra pengguna – even budak tadika pun tau guna utk main game (walaupun senang giler nak kena hack, virus dan paling s**t kena adware & spyware). Dan Mac OS X yang saya sendiri masih belajar untuk memahami serba sedikit tentang sistem terminal dan hack sana sini, Mac OS X boleh dikira setanding ataupun lebih baik daripada Windows OS. Dengan standard yang tersendiri, Mac dilihat sebagai OS wajib cuba bagi semua pengguna. Tambahan pula, Mac OS X tidak mudah (tidak akan..?) diserang oleh virus2 nakal yang sering berkeliaran mencari mangsa di internet.
Saya rasa ini sahaja kupasan saya bagi entri kali ini. InsyaAllah saya akan kongsikan serba sedikit tentang kelebihan yang ada pada Mac OS X yang tidak ada pada mana2 sistem operasi lain di dunia ini.
0 komentar
Posting Komentar